Thursday, April 17, 2008

Cinta Anta Dan Anti

"Cinta Anta dan Anti "

oleh Maszlee Malik

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al- Hujuraat: ayat 10)

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" seriang dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini.

Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70'an lagi.

Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah- sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.

Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan "ukhuwwah".

Cinta Remaja Dakwah.

Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank- bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib- naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti".

Sms, Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak- anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang- kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar- seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai... kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iyadhubillah...

Salah Faham Ukhuwwah fillah

Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut. Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.

Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka. Aduh.. lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga. Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka... ini yang paling menarik. Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan- rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah".

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.

(Diperolehi daripada Majalah i edisi Bulan Februari)

Pada Siapa Patut Letak Cinta?

PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA?

Dr Dr Ilmal Online

Assalammualikum……

Sebelum saya membicarakan bab pada siapa patut letak cinta ini saya ingin mengambil kesempatan merakamkan rasa dukacita tentang pemahaman bab "penderitaan mengundang bahagia".

Untuk menilai cinta kita itu benar-benar kerana Allah swt, saya terpaksa mengambil dua email ini sebagai perbandingan. Bukanlah niat saya hendak memalukan atau membuka aib kedua-dua orang yang mengirim email tersebut, tetapi sebagai panduan memudahkan lagi pemahaman. Email tersebut pembaca boleh baca di akhir bicara bab pada siapa patut letaknya cinta?

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan 'arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:

"Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung."

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terimakasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, "Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu."

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: "jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat."

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.

Setelah pembaca semua faham, cuba pembaca tafsirkan dua email dibawah ini mengikut kefahaman yang telah saya berikan kepada pembaca semua, di mana silapnya mereka, bukan untuk mencari kesalahan atau keaiban orang tetapi sebagai panduan yang tidak patut dicontohi.

------------ --------- --------- --------- --------- ------

Assalamualaikum. .

Saya pernah menguji cinta suami terhadap saya. Saya tanya dia: "Kata la one day ada perempuan lain tergila-gilakan you dan nak kawin dengan you tapi dia tak nak bermadu, you rasa apa i buat?"

Suami: you sure melenting..

Saya: no.. u silap, i rela dilepaskan daripada bercekau tak berkesudahan. silap2 sampai main bomoh.. lagi i tak rela..

Suami: you tak sayang i sungguh2..

Saya: bukan macam tu.. cuma kita kena ingat.. satu hari nanti i akan mati, you pun akan mati.. so, kalau kita nak berkasih sayang macam nak rak pun kasih abadi kita tetap pada yang Satu. Cinta manusia tak ke mana.. contohnya, katalah you memang ada rasa cinta kat perempuan lain, bermakna lagikah cinta i pada you? cinta manusia mudah berubah.. so, insyallah i akan tabah jika di uji sebegitu..

Saya: you pulak, kalau dapat tahu ada lelaki lain yang nak sangat amik i sebagai isterinya sedangkan dia tahu i isteri orang.. apa tindakan you.. sanggup you lepaskan i?

Suami: Mana boleh.. you masih isteri i..

Saya: Iya la.. memang i masih isteri you, tapi.. jodoh pertemuan kan di tangan Tuhan.. dugaan akan datang pada setiap manusia.. ermm.. you lepaskan i tak?

Suami: Nak kena tembak...!! tembak dua2 baru puas hati!

Hmm.. nampaknya suami saya tak nampak nilai cinta yang cuba saya terapkan.. Cinta kepada Allah adalah yang paling abadi.. yang lainnya ada dugaan dunia..

waalaikumussalam. .. membaca "perbualan" antara puan Cancer dan suaminya.. teringat pula cek pada perbualan cek ngan suami satu waktu dulu.. baru lagi berumahtangga .. antara kata2 yang masih cek simpan buat ingatan...

Suami: Kalau abang mati dulu.. abang tak nak linda kawin lagi kalau dah ada anak.. tapi kalau belum ada .. tak pa...

Cek: (tersenyum) .. kenapa plak... abang nie teruk la.. baru jer kawin dah dok kata dia mati... (marah gak ler time tu.. yer ler baru nak bermanja tup.. tup.. dia ingatkan kita kes macam tu..)

Suami: sebab abang tak nak anak2 abang terbiar... kalau anak2 abang terbiar... pasti takkan ader yang mendoakan abang di "sana"...

Cek: (terkedu gak ler..).. abang janganlah ingat macam tu... kita sama2 minta panjangkan umur kita sehingga anak2 kita besar dan jadi orang yang baik2 dan berguna macam abang.. kita berdoalah agar kita sama2 susah dan senang sehingga akhir hayat kita.... soal linda nak kawin lagi atau tak.. tu biar Allah yang tentukan.. kita nie kan hambaNya... kalau ditakdirkan linda kawin lagi pun... takkan la linda nak biarkan anak2 linda dari zuriat abang.. tapiiii.. hishhhh.. tak nak la linda.. kalau dah ada anak2.. bior ler linda ngan anak2.. tak nak la fikir2 pasal nak kawin lain...

Suami: Eh.. mana boleh tak nak kawin lagi.. takkan nak dok sorang2? kalau ada anak2... mungkin bleh menumpang mereka.. kalau tak der.. tak kan tak teringin nak bersuami lagi.. ?

Tu diaaaaaa haiiihhh... ada ka.. hehehe.. jawapan cek tak yah ler cek bagi tau.. biaq cek simpan jadi rahsia.. hehehe. Tapi yang pasti.. cek tau apa yang suami cek harapkan pada cek..

Satu lagi perbualan ... yang membuatkan cek sedar ... bahawa kasih sayang antara manusia itu boleh dikekalkan sekiranya kita tetap ingat akan kasih sayang Allah pada hambaNya...

Cek: Bang.. kalau ader pompuan berkenan kat abang.. agak2 abang layan dak?

Suami: Tengok keadaan...

Cek: camner plak tu..

Suami: kalau abang bujang lagi.. mungkin kot... tapi kalau la nie.. tak tau ler... linda plak camner, kalau ada betul.. nak ker bermadu...?

Cek: Linda tak kesah nak bermadu.. tapi yang problemnya nanti abang.. kesian kat abang.. kena bagi tanggungjawab sama rata.. linda rasa.. maser tu nanti.. mungkin dah sampai masanya.. biarlah orang lain pula rasakan kasih sayang abang macam yang pernah linda rasa.... lagipun daripada saling mengutuk walau dalam hati .. dia dapat aku tak dapat.. baik linda hidup sendiri.. sekurangnya2. .linda tak berdosa kat abang...

Suami: Aikkk... macam tu plak.. yer ker nie?

Cek: Abang jangan lupa.. apa yang kita ada nie kan semuanya pinjaman.. so buat apa la linda nak berpegang pada tu semua.. linda percaya.. apa yang terjadi ... dah tertulis.. kalau linda kata linda tak bagi abang kawin lagi satu.. takut nanti.. abang buat dosa.. linda pun dapat dosa sama sebab halang abang..

Since then, kami bukan lagi seperti suami isteri malah kawan.. masih boleh bertepuk tampar (tak der ler keterlaluan) masih boleh bergurau ... malah suami cek semakin hari.. semakin memahami diri cek... hmmmm tu yang buat lagi sayang tu.. hehehe

** semoga Ramadhan kali ini memberikan kita lebih kebahagiaan. .

Cinta Yang Gila

Terlalu cinta kepada wanita yang bernama Laila, maka menjadi Laila Majnun.

Terlalu cinta kepada jejaka bernama Romeo, Romeo lari dapat kekasih baru. Maka jagi gila sasau, lupa tuhan dan terus minum racun.

Terlalu cinta kepada kekasih hati, maruah serahkan. Kekasih lari, dalam perut berisi- Alamak! Tipah tertipu lagi - fikir punya fikir jadi gila.

Terlalu cinta kepada kekasih yang dah sehati sejiwa, mau menikah tidak dapat restu orang tua, nak nikah lari takut. Maka menung sana, menung sana – tak ingat jodoh ditangan Allah- kemudian jadi gila sasau…orang tegur tak jawab, berkurung dalam bilik, sekejap ketawa sekejap menangis.

Terlalu cinta kepada seseorang perempuan, tapi perempuan tak layan dan tak nak,. Maka jadi gila, ungut perempuan tu, upah orang pukul kekasih perempuan tu.

Terlalu cinta kepada suami, tiba-tiba suami main kayu tiga dan kahwin lagi. Maka menjadi tekanan, dan akhirnya menjadi gila.

Terlalu cinta dengan pangkat, tiba-tiba dipecat, akhirnya sedih berpanjangan, lalu dapat tekanan jiwa dan gilalah jugak.

Terlalu cinta kepada kepada harta, maka siang malam yang dikejarnya harta. Nak bagi zakat atau sedekah kedekut. Tiba-tiba Allah tarik segala hartanya, jadi bankrupt.

Maka jadi gila sebab malu pada kawan-kawan dan lepas tu kawan-kawan lari, hutang keliling pinggang, bini kat rumah asyik beleterlah pulak.

Bagi orang yang beriman yang mengunakan akal pikiran yang sewajarnya, cinta kepada alam dan isinya kenalah seboleh-bolehnya. Tetapi jangan melebihi cinta kepada Allah SWT. Orang yang beriman menyintai Allah lebih daripada segalanya. Itulah cinta yang sebenar-cinta yang hakiki, cinta yang satu, tiada tandingnya. Ini dapat mengelakkan daripada menjadi gila kerana cinta, kerana walaupun kita kehilangan apa yang kita cintai kita masih ada cinta lain, iaitu cinta kepada kekasih yang kekal selama-lamanya, ALLAH SWT.

Dibelit Ular Sawa Semasa Berzina

Ambillah iktibar dari kisah benar ini..

Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat- pusat perkelahan mengingatkan..............

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai.

Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.

"Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi- jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal.

Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya.

"Apa yang boleh saya bantu encik?" Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka.

Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai.

"Ustaz... macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya.

"Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular," beritahu lelaki itu ringkas.

Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan "penyakit" aneh yang dihadapi oleh pasangan itu.

"Awak pernah pukul ular ke?" Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang .

Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.

Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi.

"Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir," kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.

Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya.

"Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita," pujuk Ustaz Abdullah lagi.

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah.

"Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular," akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.

Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang.

Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.

Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap.

"Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan. Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu," nyata lelaki itu sambil menangis.

Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan.

Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya.

Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian.

Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram.

"Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri," cerita lelaki itu dengan perasaan kesal.

Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.

"Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi.

Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.

Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu.

"Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.

"Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek," cerita lelaki itu lagi.

Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.

Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk.

Akibat "badi" itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada, mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.

Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu.

"Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina," nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.

Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.

DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA : "SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA."

Kahwin Dulu Baru Boleh Dating

Al-Imam Ahmad berkata: “Aku tidak mengetahui sebuah dosa -setelah dosa membunuh jiwa- yang lebih besar dari dosa zina.”

“Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari Kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina kecuali orang-orang yang bertaubat …” (Al-Furqan: 68-70).

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32).

Mendekati saja tidak boleh. Tahu maksudnya mendekati perzinaan? Ertinya dengan pergaulan yang bebas, rapat dengan perempuan yang bukan muhrimnya atau sudah tahu tempat itu tempat ‘kupu-kupu malam’ disitulah dia bermesra…“Tidak cuma mendekat saja, cuma melihat saja” Kenapa? “Cuci mata” katanya begitu. Itu namanya sudah mendekati perzinaan.

Allah is watching!

“Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.” (Ghafir: 19).

Cinta itu indah? Cinta itu fitrah…

“Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi Allah tempat kembali yang baik.” (Al-Qur`an: Al-Imran ayat 14)

Tetapi awas!

Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli (HR. Abu Dawud dan Ahmad)

JADI:

TUNDUKKANLAH PANDANGANMU

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 30).

TUTUPLAH AURATMU

Dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (an-Nuur: 31).

Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (an-Nuur: 59).

ADAKAN BATASAN ANTARA DIRIMU DAN KAUM SEJENISMU

Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

JANGAN BERDUA DUAAN!

Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).

JANGAN TUNDUK DALAM BERBICARA

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

JANGAN DISENTUH SIAPA YANG TIDAK HALAL BAGIMU

Dari Maqil bin Yasar r. a. berkata: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir).

*PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG SERING LUPA….

C I N T A

Assalamualaikum...

(sekadar memetik attachment dari seorang teman... semoga terdetik sesaat di hati untuk difikirkan bersama.. Wallahu 'Allam)

I LOVE U... I MISS U... AKU CINTA PADAMU...

Inilah sebahagian daripada ungkapan asmara yangg sering dituturkan mereka yangg sedang 'mabuk cinta'.

CINTA, ia memang mudah diucap, tetapi adakah kita semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya? Saya percaya, tentu ramai yang ragu-ragu serta berteka-teki dalam permasalahan untuk membabitkan diri dalam perkara ini.

Cinta sebenarnya adalah 'MAHABBAH' yang bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yg lahir daripada hati nurani yg luhur dan sui. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dengan wang ringgit.

Seperti lagu Aris Ariwatan 'Cinta Tak Kenal Siapa' dan nyanyian kumpulan Budak Kaca Mata 'Cinta Tak Perlu Dipaksa'.

Berbalik kpd 'MAHABBAH' tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan padu yang sepatutnya hanya tertumpu untuk ALLAH SWT.

Dalam tasawuf, 'MAHABBAH' bererti patuh kepada ALLAH dan membenci perbuatan yang menyalahi perintahNya.

Tentang cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dalam Al-Quran:-

"... ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yang ALLAH cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya..." Al-Maidah, ayat 54

" Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosamu..." Al-Imran, ayat 31

Ternyata, walau macamana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yg sebenarnya, InsyaAllah kita dapat membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Falsafah ada menyatakan, 'Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta pada org lain'

Tentu anda pernah mendengar nama Rabi'atul Adawiyah, seorang wali wanita yang hidup antara 95 - 185 hijrah. Cinta Rabi'atul pada-Nya merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata untuk beribadat kepada ALLAH SWT.

Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pd pandangan anda??? Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta??? Atau... adakah dengan ucapan romantis serta berpegangan tangan akan terasa nikmatnya cinta mahupun sebagai bukti kasih sayang yang kononnya cinta suci???

Jelas suatu pendustaan sekiranya seorang lelaki berkata dia benar-benar mencintai seorang perempuan sedangkan pada masa yang sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah yg diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan utk sama-sama mendarat di pulau impian???

Lelaki yg benar-benar mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sbg bukti cinta. AWAS!!! Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN...

Secara jujur, seorang lelaki yang sememangnya jatuh cinta terhadap seorang perempuan yg diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta penampilan yang meyakinkan insan yang dicintainya. Tetapi, berhati-hatilah kerana sesetengah daripada sikap yang penuh sopan santun itu, kekadang penuh pula dengan kepura-puraan.

INGATLAH!!!

Cinta yang murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yg melompat-lompat dan begitu rapuh... Ia juga bukan sepertt cinta antara 'Romeo dan Juliet', mahupun cinta 'Laila dan Majnun'...

Tetapi, nikmat cinta itu lahir seperti cintanya Rasulullah dengan Khadijah dan Aisyah serta Saidina Ali dengan Fatimah.

Janganlah terlalu terburu-buru merebut cinta murahan yang berkeliaran kerana ia bakal menjadi virus perosak kepada kehidupan yang penuh peradaban.

Wahai REMAJA... Serahkanlah cintamu pada yang SATU.

Tentu kamu juga pernah atau sedang dilamun cinta, namun bukan bermakna boleh berkorban jiwa dan raga.

CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG...

InsyaAllah...

Wallahu'Alam...

Malu Dan Iman - Teman Seiring Dan Sejalan

Seringkali kita mengungkapkan perkataan malu, namun sejauh manakah kita cuba memahami dan menghayati maksud yang tersirat di sebalik perkataan malu ini. Siapakah yang harus dipersalahkan jika generasi hari ini terutamanya remaja wanita semakin hari semakin tipis sifat malunya.

Sabda Nabi saw: "Setiap akhlaknya dan (punca) akhlak Islam itu adalah al-haya' (malu)." (Riwayat Malik, Ibn Majah dan Baihaqi)

Sabda Rasulullah saw lagi: "Bahawasanya setengah yang didapati manusia dari perkataan nabi yang terdahulu ialah apabila engkau tidak malu, maka kerjakanlah yang engkau kehendaki." (Riwayat al-Bukhari)

Hadis di atas cukup untuk dijadikan pedoman dan pengukur nilai akhlak seseorang dari segi perbuatannya. Alangkah beruntungnya orang yang memelihara kesucian dirinya di sisi Allah. Lebih-lebih lagi bila sifat malu ini ada pada remaja kita. Hari ini remaja kita amat terdedah dengan nilai-nilai buruk yang kadang-kadang sudah dianggap biasa. Berpelukan, berciuman, berpegangan tangan dan bergurau senda yang melampaui batas sudah menjadi kebiasaan pada sesetengah remaja yang kurang didikan agama.

Rumah merupakan sekolah terawal dalam membentuk peribadi anak-anak, termasuklah dalam menanamkan sifat malu pada diri mereka. Para guru juga memainkan peranan penting dalam memupuk sifat malu kerana sekolah adalah rumah kedua pada anak-anak.

Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Malu dan iman itu adalah teman seiring jalan, jika yang satu diangkat nescaya terangkatlah pula satu lagi." (Riwayat Muslim)

Malu ialah satu sifat atau perasaan yang menimbulkan keengganan melakukan sesuatu perkara yang tercemar atau kurang sopan. Oleh itu, orang yang mempunyai sifat malu sentiasa memelihara maruah dan harga dirinya. Dia dapat menahan dirinya dari melakukan perkara-perkara yang boleh membuatkan maruah dan harga dirinya tercemar.

Persekitaran yang rosak menghakis sifat malu. Kelucahan filem, iklan modeling, kelucahan dalam pergaulan, berpakaian, kelakuan dan kelucahan dalam bahasa dan dalam nyanyian adalah bersumber dari syaitan yang menghancurkan sifat malu dan kesucian manusia. Contoh yang jelas ialah kelucahan filem yang memaparkan kisah percintaan sepasang kekasih dalam filem seolah-olah bila sudah menjadi kekasih maka berpelukan dan berpegangan tangan sudah menjadi halal. Pendedahan aurat amatlah jelas sekali. Maka secara otomatiknya remaja-remaja yang terdedah dengan filem tersebut akan mengambil apa-apa sahaja tanpa tapisan.

Sekarang amatlah jelas, para remaja kita sudah tidak segan dan silu lagi berdua-duaan di taman-taman bunga, tempat-tempat rekreasi dan di pusat membeli-belah. Ibubapa dan masyarakat sekeliling hanya memerhati sahaja tanpa apa-apa teguran. Ini menjadikan seolah-olah perkara itu tidak salah lagi pada pandangan masyarakat, pandangan agama lebih-lebih lagi diketepikan.

Islam tidak memandang ringan terhadap hubungan yang berpoya-poya di antara lelaki dan perempuan. Islam menganggap bahawa hubungan sebegini adalah diantara bahaya yang mengancam tamadun manusia ke arah keruntuhan dan kemusnahan. Hubungan ini diharamkan oleh Islam secara mutlak dan dikira sebagai jenayah yang ditentukan hukuman berat ke atas mana-mana anggota masyarakat yang melakukannya. Ini untuk menjamin hubungan berpoya-poya di dalam masyarakat tidak tersebar yang mana akhirnya menumbangkan dan menghapuskan kemajuan manusia.

Apa yang disaksikan oleh kedua mata dan didengar oleh kedua telinga akan berjinak di dalam hati. Untuk memelihara hati dari sifat keji, Islam menyuruh lelaki menundukkan pandangan terhadap wanita, dan wanita juga menundukkan pandangan terhadap lelaki.

Firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya menyekat pandangan (daripada yang haram) dan memelihara kehormatan mereka ." (An-Nur: 30)

Dan firmanNya: "Katakanlah kepada wanita yang beriman supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka ." (An-Nur: 31)

Para remaja wanita yang memelihara kesucian diri tidak berhias di luar rumah seperti wanita jahiliyyah. Tabarruj jahiliyyah ialah suka menunjuk-nunjuk kecantikan dan perhiasan diri. Di dalam Islam, kecantikan dan perhiasan diri adalah semata-mata untuk suami.

Sabda Nabi saw: "Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan kemudian keluar lantas melintasi satu kaum (bukan mahram) agar mereka tercium bau harumnya, maka ia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandangnya itu adalah zina." (Riwayat Ahmad, at-Tabarani, Baihaqi dan al-Hakim)

Wanita yang mempunyai sifat malu dan memelihara kesuciannya akan menutup aurat mereka dan membataskan pergaulan mereka dengan lelaki yang tidak mahram. Para remaja hendaklah yakin dengan janji Allah bahawa sesiapa yang mengotori diri pasti akan rugi di dunia dan di akhirat. Oleh itu, hendaklah sentiasa berdoa dengan doa Rasulullah saw:

"Ya Allah, berilah aku nampak kebenaran sebagai kebenaran dan berupaya mengikutinya, dan nampak kejahatan sebagai jahat dan berupaya menjauhinya."

Bagi seorang wanita yang dapat memelihara sifat malunya, di situ terletak daya penarik pada dirinya. Hendaklah dia kekalkan sifat malu itu, walau sudah bersuami. Malu seorang gadis adalah benteng maruah dan kehormatannya di sisi ayah dan ibunya. Manakala malu seorang isteri adalah maruah dirinya di sisi suami tersayang.

Perhatikanlah kata-kata pujangga Maulana Iqbal: "Jika ingin melihat keadaan sesebuah masyarakat pada masa kini lihatlah pada akhlak golongan lelakinya pada masa kini. Tetapi jika ingin tahu keadaan masyarakat itu pada masa hadapan, lihatlah pada akhlak golongan perempuannya pada masa kini."

Wanita yang berakhlak adalah mereka yang tidak mahu melihat masyarakat daripada terus dihimpit dengan kelucahan dan kehinaan.

sumber : www. pewaris. com

Mencari Pasangan Hidup

Jikalau anda pernah menonton filem Sleepless in Seattle, mungkin anda akan percaya bahawa kita perlu berusaha dan kadang kala mesti bersusah-payah untuk bertemu dengan idaman kalbu. Lihat sahaja bagaimana Meg Ryan yang comel itu berusaha untuk bertemu dengan Tom Hanks, walaupun kedua-duanya terpisah dengan jarak yang begitu jauh. Tetapi kerana tarikan yang Meg rasakan tiada gantinya, dikuatkan juga semangat untuk menjejaki Tom Hanks, yang beliau rasakan adalah cinta abadinya.

Filem itu juga membuktikan yang perkenalan juga memerlukan bantuan daripada orang sekeliling atau pun "posmen". Tanpa bantuan anak lelaki Tom Hanks, mungkin Meg Ryan tidak akan berpeluang langsung untuk bertemu dengan Tom Hanks.

Kehidupan seharian kita juga tidak banyak bezanya, berikut adalah beberapa cara untuk bertemu, mendapat atau berkenalan dengan calon idaman kalbu.

1. Minta ibubapa carikan calon pasangan hidup

Bincang dengan ibubapa dan beritahu mereka tentang ciri-ciri wanita atau suami yang anda ingini. Tetapi pastikan mereka tidak menabur janji sebelum mendapat persetujuan anda.

2. Minta bantuan rakan-rakan

Beritahu rakan-rakan bahawa anda sedang mencari calon yang sesuai supaya mereka boleh memperkenalkan kenalan yang mereka rasa sesuai dengan personaliti anda.

3. Chat di IRC

Ini merupakan kaedah percintaan zaman siber mirip cerita filem romantik You've Got Mail. Ada yang bertuah dan dapat bertemu dengan seseorang yang sesuai dengan diri mereka. Jangan terkejut bahawa ramai yang telah ke jinjang pelamin selepas berkenalan di internet.

4. Mencari peluang di tempat kerja

Apa kata jika anda berkenalan dengan rakan sekerja tapi jangan sampai dikenali sebagai Romeo pula. Kadang-kala rakan semasa makan tengahari pun boleh bertukar menjadi teman sehidup semati.

5. Sertai Pelbagai Aktiviti

Rajin-rajinlah berjogging di tasik ataupun sertai organisasi yang menganjurkan aktiviti kesukaan anda. Jika anda gemar berkayak, masuklah persatuan berkayak tempatan. Kemungkinan besar anda boleh berkenalan dengan pasangan yang berkongsi minat yang sama.

6. Kenalan Keluarga

Ramai juga yang berkahwin dengan orang yang dahulunya sering berkunjung ke rumah semasa anda masih hingusan lagi. Abang atau kakak tentu dapat memperkenalkan anda kepada rakan-rakan mereka. Lihat sahaja Amy Mastura yang telahpun selamat berkahwin dengan abang kepada rakan baiknya semasa di sekolah dahulu.

7. LRT

Anda mungkin tidak percaya... tetapi saya sering memerhatikan orang yang turun naik LRT. Setiap hari anda mungkin akan bertemu dengan orang yang sama. Tiada salahnya jika anda menegur sapa sekadar berkenalan. Cubalah. Mungkin anda bernasib baik.

8. Hubungi Rakan Lama

Mungkin semasa bersekolah anda ada meminati seseorang. Tiada salahnya jika anda kembali aktif di majlis alumni dan mula menghadiri reunion yang diadakan. Manalah tahu, jika ada diantara 'seniors' atau 'juniors' yang meminati anda semasa dahulu akan melakukan perkara yang sama. Sudah tentu anda dapat berkongsi pengalaman lucu bagaimana bergayanya anda apabila berambut panjang serta berseluar senteng gaya seorang "rockers" dahulu. Pasti riuh-rendah!

9. Dengar Lagu Cinta

Mendengar lagu romantik boleh menaikkan semangat bahawa anda akan berpeluang untuk jatuh cinta . Ingatkah anda kepada lagu nyanyian Savage Garden yang bertajuk I Knew I Love You Before I Met You. Lagu itu memberi harapan bahawa memang ada seseorang yang istimewa untuk setiap orang, cuma persoalannya ialah samada akan bertemu atau tidak.

10. Berdoa Kepada Tuhan

Setelah menunaikan sembahyang, rajin-rajinlah berdoa kepada tuhan supaya kita dipertemukan jodoh. Insyallah jika itu yang terbaik untuk diri kita, ianya pasti akan berlaku."

Mengapa Bercouple Itu Haram?

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih- lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.

Mengapa Ber’couple’ Haram?

Ya, mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber’couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S. W. T. iaitu Al- Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S. A. W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang- pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber’couple’? Memang tidak dinafikan, dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin (36) ayat 36:

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Dan juga firman-Nya dalam Surah Al- Hujrat(49) ayat 13:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki- laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah,

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." Surah An-Nur(24) ayat 30

Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman,

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...” Surah An-Nur(24) ayat 31.

Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memang cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi.

Para pembaca, sila teliti firman Allah tadi.

Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini.

Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al- Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S. A. W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r. a katanya, Nabi S. A. W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r. a., dari Nabi S. A. W. sabdanya’

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul (berpegangan, brgurau menggunakan tangan). Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**

(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul- Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)

Daripada dua hadis ini, jelas rasulullah menenyenaraikan bahangian- bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja, menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina.

Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, keacantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina.

Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

Apa Yang Patut Dilakukan?

Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap- silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi.

Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Bagi pasangan-pasangan yang benar- benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini. Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya. Firman Allah,

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” Surah An-Nuur(24) ayat 26.

Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta memilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah?

Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik. tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu. Firman Allah,

“Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang- orang yang berpandangan tajam.” Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38.

Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting.

Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.

Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya. Firman Allah,

“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-A’raf ayat 201.

Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM.

Wallahua’lam..

Nasihat Berkenaan Kahwin Awal

Nasihat Berkenaan Kahwin awal

Posted by: "dr_busyro"

Kata Saidina Umar yg maksudnya, didiklah anakmu dgn didikan sesuai di zamannya, bukan dgn cara dan zaman kamu.

Dalam hal sekarang ni, cabaran yg begitu hebat di hadapi oleh anak-anak pd zaman ini ialah bagaimana mereka dpt mengawal nafsu mereka dr terjerumus pd zina, Bolehakah seorang anak yang ingin memelihara agamanya, tetapi didalam masa yang sama ingin sentiasa taat kepada ibubapa?

Banyak betul persoalan yang diberi. Namun temanya hanya satu, iaitu ingin mencari redha Allah semata-mata.

Anak-anak remaja kita (kebanyakannnya) adalah anak-anak yang masih mendahulukan ibubapanya didalam apa jua urusan yang yang membabitkan persetujuan ibubapa mereka. Alhamdulillah, mungkin ini adalah ciri- ciri Islamik yang telah sedia ada subur didalam adat dikalangan masyarakat kita, dan akhirnya dikenali dengan nama budaya ketimuran.

Ia mungkin satu fenomena yang sihat, namun mungkin ia perlu diperkemaskan lagi.

Jika dilihat kepada realiti, kepatuhan anak-anak kepada ibubapa hanya berfokus kepada apa yang dipandang penting oleh ibubapa.

Contohnya ibubapa memandang penting kepada taraf pendidikan dan juga inginkan kehidupan yang terbaik dan terjamin untuk anak-anak mereka. Alhamdulillah. Ia memang adalah tanggungjawab dan peranan semua ibubapa. Lantaran itu anak-anak dilarang memikirkan persoalan pertunangan dan nikah kahwin semasa masih menuntut di tempat-tempat pengajian.

Lalu anak-anak yang ingin menjadi anak-anak yang taat ini pun terpaksa meletakkan isu pertunangan dan nikah kahwin jauh dari pemikiran mereka. Mereka pun berusaha untuk menghabiskan pembelajaran seperti yang diinginkan oleh ibubapa.

Namun anak-anak berada jauh dari ibubapa. Didalam masa yang sama proses biologi mereka berjalan dengan normal. Maka secara tak langsung keinginan dan kehendak kepada pasangan yang berlainan jenis timbul dan menyubur didalam jiwa.

Konflik yang timbul diantara kehendak biologi dan kehendak ibubapa pun timbul. JIka anak-anak itu mendapat didkan agama yang betul dari ibubapa mereka, alhamdulillah, mungkin akidah mereka kuat dalam menghadapi krisis ini.

Namun apa pula nasib anak-anak yang ibubapanya kurang meraikan didikan agama (ibubapa yang terpengaruh dengan adat masyarakat yang memnetingkan meajlis-majlis keraian eg; majlis harijadi, majlis petunangan, majlis pernikahan dan majlis kenduri arwah)?

Anak-anak yang tersepit didalam konflik ini akan meraikan ibubapa mereka dari aspek luaran semata-mata. Oleh kerna ibubapa meminta mereka tidak memikirkan persoalaan pertunangan dan nikah kahwin, maka mereka pun tidak memikirkannya. Namun kerna kehendak biologi juga menuntut, maka mereka pun menyembunyikan hubungan "coupling" mereka daripada pengetahuan ibubapa.

Masalah yang timbul ialah apabila berlaku hubungan diantara adam dan hawa, anak-anak yang kurang didikan agamanya akan cenderung mendengar nasihat dari "penasihat tak rasmi" yang datang untuk menggoda mereka agar mereka ini terlanjur didalam hubungan mereka. Mereka mungkin tak merasa amat bersalah kerna mereka masih lagi taat kepada ibubapa mereka, kerna mereka hanya "terlanjur", dan mereka masih lagi tidak memikirkan isu pertunangan dan nikah kahwin.

(Pertunangan adalah isu penting. Ada jurang perbezaan yang besar diantara label "coupling" dan label "dah bertunang". Petunangan didalam Islam begitu mudah. Jika pasangan itu sudah memikirkan tentang perancangan untuk bernikah, dan hubungan mreka juga sudh diketahui oleh ibubapa dikedua belah pihak serta tiada tentangan, maka sudah boleh dilabel "dah bertunang". Bila dah ada label "dah berunang", maka haram orang lain ganggu hubungan mereka. "Coupling" pula, walaupun mereka dah pernah merancang untuk bernikah, namun oleh kerna mereka menganggap pertunangan perlu dilakukan dengan adat dan majlis-majlis tertentu, maka ada kecenderungan salah seorang diantara mereka untuk berlaku curang akan timbul. Maka orang ketiga berani untuk menganggu hubungan ini)

Anak-anak muda yang memahami konflik ini dan mungkin ada sedikit kefahaman agama, mungkin berhasrat untuk memikirkan persoalan pertunangan dan nikah kahwin. Mereka ini ingin memelihara agama mereka. Tetapi didalam masa yang sama ingin menjadi anak-anak yang taat.

Kes kajian:

Ada seorang anak muda, berasal dari sekolah agama, dibesarkan di negeri pantai timur, dan menyambung pelajaran di ibukota. Dia duduk dirumah sewa dengan kawan-kawannya. Alhamdulillah dia selalu mendirikan solat dan mengikuti kuliah-kuliah agama. Namun rakan-rakan serumah, ada yang tidak mendirikan solat, ada yang tanpa segan silu menonton video lucah didalam rumah, dan ada yang pernah membawa balik teman wanita kerumah mereka. Allah menguji anak muda ini. Kawan-kawan yang lain begitu rajin mengulangkaji pelajaran, tetapi anak muda ini mungkin diuji dengan sedikit kemalasan.

Sampai satu tahap, anak muda ini terasa memerlukan suatu motivasi, dan dia pernah terfikir untuk merasai seks dan merasakan seks boleh memberi motivasi. Anak muda ini juga tergolong dalam anak-anak yang ingin taat kepada ibubapa. Dia tidak berani untuk berbincang mengenai isu pertunangan dan nikah kahwin dengan ibubapanya. Tambahan pula, oleh kerna masih mencari sumber motivasi yang kuat, mungkin prestasi akademiknya masih belum mencapai tahap cemerlang, Dalam masa yang sama, pernah ada seorang teman wanita cuba menggodanya kearah seks. Apakah solusi kepada anak muda ini?

Jika anak-anak perempuan boleh untuk menolak calon yang dipilih oleh ibubapa, dan ibubapa tidak ada hak untuk menentukan calon untuk anak- anak mereka, maka bagaimana pula jika anak-anak sudah mempunyai calon, dan ingin pernikahan semasa masih belajar, apakah hak-hak anak-anak ini?

Jika imam dilarang membaca bacaan yang panjang didalam solat (lantaran takut orang lari dari Islam), maka bagaimana pula isu pernikahan yang menyusahkan (dalam masa yang sama penzinaan begitu mudah)?

Islam agama fitrah. Islam agama yang mudah. Tetapi adat yang menyusahkan. Mudah-mudahkan. Jangan menyusahkan. Kasihanilah anak- anak muda yang mempunyai masalah diantara cinta agama dan cinta ibubapa